Sunday, December 11, 2011

5 hours of KPP.


hey,hari ni aku start ambik driving licence dekat DETIK ERAT.ha,nak promote DETIK ERAT ni.jom,jom semua ambil lesen kat sini !!! mari !mari !pasti lulus ! mari mari !! eceh,terasa seperti pakcik jual buah kat pasar malam pulak.haha.

so,first day ni aku masuk kelas KPP dulu.Jumaat depan baru ambil ujian komputer.5 jam aku duduk kat kelas tu.rasa dah nak kematu dah montot aku ni.tapi best jugakla sebab pengajar dia sangat kelakar and friendly.Tapi kan wei,kan ,kan..AKU MALU GILA LA TADIIIIII!

aku ni contoh terbaik anak murid yang suka menyusahkan pengajarnya.Ok,mula-mula aku tertinggal IC.so patah balik rumah ambil IC.nasib baik la time tu kitorang belum gerak jauh lagi.Then,bila da sampai kat pusat DETIK ERAT tu,aku kena tegur pulak sebab tak pakai kasut bertutup.Selamba badak je aku pergi sana pakai selipar.So,aku terpaksa la sewa kasut kat situ.Wei,kasut dia kotor kot.gatal kaki aku pakai kasut tu.And,aku sangat bertuah sebab kasut sewa tu muat-muat je saiz kaki aku.Fuhhh !

The best part was,aku PITAM tadi !.malunya wei.Aku tak tau macam mana aku boleh pitam.Tak sampai lima minit aku sampai kat situ,kepala aku dah pening.Aku rasa  nak muntah.Mata aku pon macam dah tak nampak.Semua benda aku nampak kelabu je.Aku paksa diri aku jangan rebah.Tapi tak larat gila.Pening gila kepala aku.Perut aku pulak rasa sakit semacam je.Lepas tu terus rebah.Sumpah malu.Then,cousin aku papah aku duduk and belikan aku air.Thanks a lot nazurah.

Yang paling tak boleh blah,ramai kot orang yang aku kenal kat situ.Luqman pon ade tadi.Mesti bila dia balik je dari ceramah tu,terus jerit-jerit kat Cikgu Roslan,"Daddy,daddy ,tadi your favourite student pitam ! Euwww, malu je la dia tu ! Luqman pon malu nak mengaku dia tu my exclassmate ".
Ok,aku OVER -PARANOID.dan OVER ACTING. bila masa pulaak aku jadi fav student ni ?LOL.

Luckily ,the class went smoothly.Tak de pulak aku nak pingsan-pingsan tadi.
OK,toodles.



p/s : aku tak nak cerita pasal benda ni kat mak aku,tapi bila adik aku baca je post ni nanti for sure dia jerit "MAK ,KAKAK PITAM MASA AMIK LESEN !!".lol

p/s/s : sila pakai selipar eh kasut sewaktu menghadiri kelas KPP atau uollllss terpaksa menyewa kasut tercemar yang disediakan.Trust me,pakai kasut sewa tu tak cool langsung.


No comments: