Tuesday, June 28, 2011

TOTAL LOSER.

 Assalamualaikum.


             Ehem-ehem. Satu soalan cepu emas,siapa nak jawab sila angkat ibu jari kaki masuk dalam telinga.HEHE.Ok,siapa yang tak tahu cara nak bukak but kereta sila angkat tangan ? AKU la tu.


memalukan betul ,kan?Siyes,sebab kan oleh bonet kereta je,aku rasa aku adalah loser yang paling teruk antara semua loser.Rasa sungguh tak berguna.17 tahun aku hidup benda yang simple gila bapak  sampai seorang toddler pon tahu aku boleh tak tahu..Alahai..T_T

  Sebagai seorang remaja yang dibesarkan sejak kecil dengan kereta-kereta besar ( i mean vans ).aku memang  ada ZERO pengetahuan pasal kereta-kereta proton ni.aku memang tak tahu  dan tak ambil tahu.bukan la sedare2 aku semua nya pakai van.Diorang ada kereta.cuma aku je yang tak ambil tahu pasal kereta ni.

Ok,nak dijadikan cerita, dua minggu lepas waktu perjumpaan kelab,cikgu aku suruh aku ambil barang dari bonet kereta dia. At first aku memang nak ajak kawan aku, Ummu untuk temankan aku ambil barang tu memandangkan tempat parking tu memang jauh.Tapi, disebabkan perasaan RIAK+TAKBURRRRR+ OVER CONFIDENT aku batalkan je hasrat aku tu. ala,setakat nak ambil barang je. tak kan tu pon nak berteman kot.

Sampai je kat kereta PROTON PERSONA tu,aku pon buka la bonet dia.Tapi,tak terbuka pon. Puasla aku cuba,tak jugak terbukak. Rasanya,ada la 10 kali aku cuba bukak bonet kereta tu.Pastu aku  da rasa pelik.Cikgu aku cakap dia tak kunci pon kereta dia,tapi kenapa bonet kereta tu tak boleh bukak?
Malu + cuak aku masa tu bhai. Risau takut tak pasal-pasal orang tuduh aku mencuri pulak nanti.

waktu  tu aku ada terfikir nak mintak tolong budak form 4 yang ada kat situ .tapi sekali lagi aku batalkan hasrat aku tu.Ye la,malu kot nak mintak tolong orang bukak kan bonet kereta je. Haishhh! jatuh air muka aku. buat malu kaum senior je. Then,aku pergi balik kat kelas,panggil kawan aku si Ummu, ajak dia bukak kan bonet tu.

Rupa-rupanya,tempat bukak bonet kereta tu dekat driver seat la bhaii!! Macam mana la aku boleh tak tahu?  free-free je kena ejek.malu sungguh aku.MALU !! so,untuk cover malu aku, aku buat-buat muka blur + comel konon-konon nya tak bersalah sebab tak tahu bukak bonet.

tapi,yang paling tak boleh blah,mak aku pon tahu macam mana nak bukak but kereta. How come anak perempuan dia tak tahu?!


No comments: