Tuesday, December 13, 2011

going down memory lane..again

Assalamualaikum..

hey,dalam entry lepas i did mention that i would upload all the apa orang panggil tu..err BARANG KENANGAN  ,kan ?dah lama dah nak upload tapi you know lah kan ..I ni kan buzyyyyyyyyyy memanjang(.eceh bajet macam tokoh korporat lak sampai buzy bebenau) hahahaha! so,inilah dia.

MEMORIES of MY SCHOOL YEARS

HA,INI LAH DIA !quite banyak la.
bukak je fail tu jumpa sijil lahir aku.cett,penat je aku cari satu rumah.kat situ rupanya.

see,aku lahir pukul 1.38 pagi.saja  je kacau mak aku tido.huahuahua !

surat braces aku time form 2.government punya howwkeyyyyh! tapi tak pergi pon.ye la,setiap kali aku pergi doktor tu asyik takde je.lagi satu,government punya ni LEMBAB BIN LAMBAT ! kena tunggu 3-5 tahun kot baru dapat pakai braces .huh !

slip-slip exam aku.termasuk result PMR and UPSR.tunggu result SPM je.huhu.

memories.semua pic time aku tuisyen waktu darjah 6 and pic kelas.dan gambar TADIKA !
surat-surat chenta dari my old bestfriend ,Husna.lukisan tu dia yang lukis.cett,bila masa pulak dagu aku tajam macam tu ?
see the red envelope ? dalam tu ada cerpen yang Husna tulis untuk aku sebab time tu dia takde kat sekolah coz dia pergi Johor kalau tak silap.pengobat rindu katanyewww.haha.thanks ,UNA !
kad raya and happy birthday  form Aqila.first kad raya yang dia pernah bagi kat aku time darjah 4.kad yang warna hijau tu:D

notebooks aku  dari form 1 sampai form 5. dari kiri : notebook time form 1,form2 & form 3(gabung ), form 4 dan last sekali form 5 yang warna pink tu.dalam banyak-banyak notebook ,notebook aku time form 4 yang paling suci sekali sebab jarang guna.page kosong pon banyak lagi.hehe.maybe sebab tu kot  markah aku down gila time  form 4.ahak !

kad raya dan kad happy birthday from some of my friends.see the pink card with teddy bear on it ?
it was  a good-luck-wish card from my juniors.Thanks Nisyah and Firzana .love  youuuu !
my name tag . aku tak ingat sangat la pasal name tag ni.tak silap aku time ni ada event kat kelas bahasa jepun.
event ape ntah.da lama tak masuk kelas jepun since habis exam dengan JPA.tulisan hiragana pon aku dah tak berapa ingat dah .hikhik.



seriously,sekarang ni aku rindu gila nak jadi budak sekolah balik.Rindu dengan sekolah,cikgu-cikgu,kawan-kawan,hot seniors (hot la sangat kan .haha.kantoi aku memang gatai time sekolah dulu.ahak! ) ,
kantin,co-op,padang sekolah aku yang botak tu,tandas ( tempat kitorang bercengkarama untuk lepas tensyen.lol. )   dan semua nya la pasal SGB tu.kenangan  terindah tewww...


p/s : walaupun aku rindu dengan sekolah tu,tak bermakna aku nak masuk form 6.that is the last thing i want in my life.errr.janganlah dapat form 6.amin !













Sunday, December 11, 2011

5 hours of KPP.


hey,hari ni aku start ambik driving licence dekat DETIK ERAT.ha,nak promote DETIK ERAT ni.jom,jom semua ambil lesen kat sini !!! mari !mari !pasti lulus ! mari mari !! eceh,terasa seperti pakcik jual buah kat pasar malam pulak.haha.

so,first day ni aku masuk kelas KPP dulu.Jumaat depan baru ambil ujian komputer.5 jam aku duduk kat kelas tu.rasa dah nak kematu dah montot aku ni.tapi best jugakla sebab pengajar dia sangat kelakar and friendly.Tapi kan wei,kan ,kan..AKU MALU GILA LA TADIIIIII!

aku ni contoh terbaik anak murid yang suka menyusahkan pengajarnya.Ok,mula-mula aku tertinggal IC.so patah balik rumah ambil IC.nasib baik la time tu kitorang belum gerak jauh lagi.Then,bila da sampai kat pusat DETIK ERAT tu,aku kena tegur pulak sebab tak pakai kasut bertutup.Selamba badak je aku pergi sana pakai selipar.So,aku terpaksa la sewa kasut kat situ.Wei,kasut dia kotor kot.gatal kaki aku pakai kasut tu.And,aku sangat bertuah sebab kasut sewa tu muat-muat je saiz kaki aku.Fuhhh !

The best part was,aku PITAM tadi !.malunya wei.Aku tak tau macam mana aku boleh pitam.Tak sampai lima minit aku sampai kat situ,kepala aku dah pening.Aku rasa  nak muntah.Mata aku pon macam dah tak nampak.Semua benda aku nampak kelabu je.Aku paksa diri aku jangan rebah.Tapi tak larat gila.Pening gila kepala aku.Perut aku pulak rasa sakit semacam je.Lepas tu terus rebah.Sumpah malu.Then,cousin aku papah aku duduk and belikan aku air.Thanks a lot nazurah.

Yang paling tak boleh blah,ramai kot orang yang aku kenal kat situ.Luqman pon ade tadi.Mesti bila dia balik je dari ceramah tu,terus jerit-jerit kat Cikgu Roslan,"Daddy,daddy ,tadi your favourite student pitam ! Euwww, malu je la dia tu ! Luqman pon malu nak mengaku dia tu my exclassmate ".
Ok,aku OVER -PARANOID.dan OVER ACTING. bila masa pulaak aku jadi fav student ni ?LOL.

Luckily ,the class went smoothly.Tak de pulak aku nak pingsan-pingsan tadi.
OK,toodles.



p/s : aku tak nak cerita pasal benda ni kat mak aku,tapi bila adik aku baca je post ni nanti for sure dia jerit "MAK ,KAKAK PITAM MASA AMIK LESEN !!".lol

p/s/s : sila pakai selipar eh kasut sewaktu menghadiri kelas KPP atau uollllss terpaksa menyewa kasut tercemar yang disediakan.Trust me,pakai kasut sewa tu tak cool langsung.


Saturday, December 3, 2011

going down memory lane.




HOLA migos !


yeah , akhirnya SPM DAH TAMAT. gila lega siot exam dah habis.dah hilang dah segala kecut perut aku.nak Maggi pon dah boleh.nak online sepoloh jam pon rasa relax je.dah tak de benda nak ditakutkan.kecuali result je la kan.--". now i can let my hair down and enjoy 3 months of freedom .
walaweyy,gila bapak boring duduk terperap dalam rumah tak buat pape.aku dah sign kontrak dengan mak aku  jadi pembantu dia sepanjang cuti.dan jadi cikgu Akif.

aku dah tak sabar nak keluarkan semua buku-buku rujukan aku . buat menyemak bilik je. so,lepasni buku-buku tu akan disedekahkan pada cousins aku yg lain.tapi yang jadi masalahnya,mana aku nak campak kertas-kertas aku yang lain.banyak gila kot.segunung kertas ada kat bilik aku ni.aku nak  bakar,tapi abang aku tak kasi.dia kata "nanti elok-elok dapat A ,jadi B pulak nanti.".ye la,berkat ilmu kan.

kenapa mukadimah post aku ni macam  tersasar jauh dari tajuk sebenar ha ?LOL.
sekarang ni kan aku dah tak bergelar student lagi,dah sah-sah la aku tak kan jejakkan ibu jari kaki aku kat sana lagi.so,perasaan rindu n mula la mencengkam-cengkam hati aku ni ha.RINDU gila kot.sejak dari habis SPM,aku asyik teringatkan sekolah je.rasa teringin pulak nak jadi junior baliK.rindu tahap gaban.terutama bila aku tengok balik majalah sekolah.bertambah sebak pulak rasanya.kawan-kawan aku pulak jenis yang menyendiri je .FB pon diorang jarang online.lagi lah bertambah rindu akuu ni.

oh ya,hari tu,masa aku tengah kemas-kemas bilik yang macam tongkang tunggang terbalik ,  aku jumpa something yang sangat bermakna kat dalam fail Darjah 6 aku.hehe.aku jumpa lukisan masa aku darjah 1.KAU HADO ?haha.sebenarnya aku dah lama dah simpan benda tu since tamat sekolah rendah.cuma tak pernah keluarkan dari fail tu je.mak aku tengok pon dia terkejut.siot.terharu aku dengan cikgu aku yg simpan gambar tu since aku darjah 1.sebak siot.ye la,kalu aku jadi ckgu tu,aku buang je lukisan tu.bukannya pakai lagi pon kan.



this is it.buruk gila kan.tulisan adik aku yang 5 tahun pon jauh lebih cantik dari tulisan aku.cis.


lukisan ni aku tak ingat time darjah berape.maybe darjad 2 kot,sebab lukisan ni nampak lebih senonoh dan lebik okayyyyyyyyyy dari gambar ikan tadi.kertas pon pakai kerats warne coklat yang kasar tu.sekarang mana ada pakai lagi kertas tu.



banyak lagi gambar aku nak upload ni.semua rekod aku dari darjah 1  sampai darjah 6,surat-surat cinta aku dengan husna, presents , and yadda-yadda.tapi,sekarang ni aku nak tido.esok cousin aku kahwin.hari ni sehari suntuk aku siapkan bunga telur (over je kata sehari suntuk.macam buat sorang-sorang pula:P ) esok je la aku upload.kalau rajin.k bye !


Thursday, November 17, 2011

ape kes ?!





Apa dah jadi dengan kau,awin ?

Dulu math mod celah jari kau je.

 2 jam siap.

siap boleh buat 2 kali semakan lagi.

sekarang ni,ambik kau.

ternganga-nganga nak buat.

sempat semak 8 soalan je.

habisla kau.

Sakit nya hati!!

kenapa math mod macam susah je tadi.
 eh,bukan macam.memang.

Ya Allah,bantulah hambamu ini.Berikanlah kejayaan kepadaku dalam SPM dengan mendapat 9A+.Permudahkanlah aku untuk menjawab soalan peperiksaan .
Sesungguhnya kepadamu sahaja aku memohon pertolongan.
AMIN.


you can do it ,Awin.You you know can.And you will.

Saturday, November 12, 2011

this is it..

                                                    


this is the moment.this is the place.
where we will leave all our sweet memories behind and move on .
nayy,dont leave 'em there,bring 'em along.
so we'll always remember
our good and bad times TOGETHER
all the gaduh-gaduh,merajuk,extreme jokes (ecehhh :P ) ,jelousy,luvvy duvvy, (ehem-ehem ), sakit hati,kecik hati
spending extra money during recess sebab belanja koranng makan ( thanks sebab belanja aku jugak .hihi)
                          
wipe the tears,see the smiles,
 i'll miss every single of you <3


rinduuuuuunyaaaaaaaaaaa nak tinggalkan SGB...


9A+  in SPM .
amin.

Thursday, November 3, 2011

10 HARI LAGI.

                                                                                           

SPM tinggal lagi 10 hari je.

Dah tak main minggu2,bulan2 dah sekarang..

tinggal HARI je lagi

first time seumur hidup aku rasa gementar yang teramat sangat

dulu UPSR,PMR tak macam ni ponnn.


makin nak dekat exam,aku rasa makin banyak benda yang keluar daripada masuk.

dulu osmosis kat hujung jari je,sekarang ni..

aku da lupa apa tu osmosis .

siot !





Wednesday, October 19, 2011

Last Moments*(UPDATED)

                                                                                    Assalamulaikum..


Menaip dengan kelajuan maksima supaya dapat tidur awal sebab nak bangun awal pagi untuk belajar memandangkan esok exam.*exam julang je kotttt . Apparently,malam ni malam terakhir aku tuisyen addmath dengan cikgu Roslan.oh yeah,aku withdraw awal siikiiit sebab nak fokus kan subjek sains yg agak goyah tewww. tonight,i was quite emotional actually.rasa macam nak nangis je.tapi tahan je airr mata tu jangan kasi keluar sebab nanti kena booooo dgn kawan-kawan. oh,sedih.* gedik je minah ni.


so,sebagai kenangan,harus lah mengabadikan this last moment dgn gambar. i did upload some of the pictures kat FB as wall photos sebab malas nak buat album plus gamabar pon banyak gegar dan noise yg cacat! mana boleh letak gambar buruk dekat FB .tak kewwwwwwwlll la derrr.

hence,i'm thinking of uploading them here !enjoy!





 tekun siot.



hyper je dak arjun ni.



me and amira.mesti lepas ni nangiss2 rindu aku kan ,mira ?haha.

comel je cikgu makan dalam kelas.


 gambar curi



class picture :D
o,that's all for now.there's more waiting to be uploaded.but,i,ll upload them tomorrow. i really need to go to bed now.toodless.