Wednesday, May 9, 2012

great news !!

 Assalamulaikum!

hey there ! lama gila bapak aku tak update blog.dah lebih sebulan kot.sampai otak aku berkarat tak tau nak post ape.so,for this entry,aku cite baik nak soksek ni.huhu.cite biasa je pon.over gila aku ni.

Result upu keluar isnin lepas.Ce teka aku dapat mana ?UM ! ASASI SAINS HAYAT. T ipu la kalau aku cakap aku tak happy kan.Happy la bila dapat course yang aku memang nak dekat U pilihan hati pulak tu. Tapi,hati aku berat gila nak pergi. Ye la,jauh dari rumah kot.kat KL pulak tu. Seumur hidup aku tak pernah tinggalkan rumah aku lebih dari 3 hari. Nanti bila masuk U,aku bebas kot. Maksud aku ,tak de sape nak perhatikan. Itu yang paling aku takutkan. Ceh,bebas pon takut. Bayangkan ,kalau aku silap pilih kawan atau terpengaruh dengan kawan yang tak well-behave.bukan la nak cakap aku ni gila baik ,perfect tip to toe.Aku manusia. Memang la pernah buat salah. Cuma,takut terpengaruh dengan benda-benda yang tak baik.  Kang tak pasal-pasal kantoi.belajar entah ke mane,aku pon entah macam mane nanti.

Kalau boleh,aku nak masuk matrik je. Dekat gila dengan rumah. Tiap-tiap minggu boleh balik.Mak aku pon boleh kirim makanan. Duit pon tak banyak habis.Tapi sayang la kalau tolak UM. UM ni ade advantage jugak.Once da masuk situ untuk foundation,boleh samsung degree dekat UM jugak. Secure la sikit kan .Takde nak risau-risau nak sambung degree kat mana.

Lagi satu,orang kata UM ni susah. Lagi la buat aku risau. Takut tak boleh bawak.Ishhhhh! Paranoidnya aku ni ! Tapi,mak aku cakap,kalau orang lain boleh,kenapa aku tak boleh ? Ececeh,mak aku da jadi pakar motivasi da.Haha.

Oh ya,lagi satu good news,aku dapat INTERVIEW MARA  untuk PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA . Aku pilih Jordan untuk dentistry.teehee. MARA annouce pasal interview tu semalam and interview dia esok.gila tak ? siyes aku tak sedia pape ni.Kalau time Educamp dulu aku ade banyak masa nak bersedia .Yang interview aku langsung tak prepare pape.Interview aku dekat  Bangi.Sepatutnya aku amik interview kat Johor,tapi ayah aku kata  Bangi lagi  dekat,ikut je la kata ayah aku.Aku kena sampai sana pukul 9.30. So,pagi2 dah kena gerak.

ok,that's all for today (ceh,ayat --") ,BYE.wish me luck !





 

No comments: