Sunday, August 7, 2011

PUASA :DULU dan SEKARANG

Dah 17 tahun hidup,17 kali lalui bulan RAMADHAN , 17 kali tu macam-macam jugak yang berlaku..

DULU : setiap kali puasa,mesti lembik semacam je badan aku.nak angkat remote pon rasa tak terdaya je
SEKARANG : boleh jugak la lari marathon dengan adik tanpa tercungap-cungap minum air 1 mug tanpa  berhenti waktu berbuka

DULU : bila azan je,mesti kejar air sarsi sejuk cawan besar . minum sampai habis sekali teguk pulak tu.ishh2.
SEKARANG : makan kurma  dulu , baru minum air secawan (cawan kecik je tau )

DULU : susah gila nak bangun sahur.mak kejut 10 kali pon tak tentu bangun lagi.
SEKARANG : tetap jugak susah nak bangun sahur  --"

DULU : selau heboh nak puasa sebab RAYAAA !!.tak sabar betul nak tunggu habis 30 hari puasa.
SEKARANG ; dah tahu tentang keberkatan Ramadhan,lebih meraikan puasa daripada raya .kalau boleh janganlah cepat sangat raya .(sebab lepas raya ada TRIAL --" )

DULU : liat gila nak pergi terawih.pernah jugak aku buat-buat tidur bila sedare aku ajak pergi terawih .HAHA,kantoi kat syafiqah .:P
SEKARANG : dah suka pergi terawih walaupun kadang-kadang ada mood malas.Contoh nya,hari ni.

oh,itu je lah.

p/s : DULU merujuk kepada saya sewaktu mumaiyiz.SEKARANG merujuk kepada selepas akil baligh.hehe.

No comments: