Tuesday, June 28, 2011

TOTAL LOSER.

 Assalamualaikum.


             Ehem-ehem. Satu soalan cepu emas,siapa nak jawab sila angkat ibu jari kaki masuk dalam telinga.HEHE.Ok,siapa yang tak tahu cara nak bukak but kereta sila angkat tangan ? AKU la tu.


memalukan betul ,kan?Siyes,sebab kan oleh bonet kereta je,aku rasa aku adalah loser yang paling teruk antara semua loser.Rasa sungguh tak berguna.17 tahun aku hidup benda yang simple gila bapak  sampai seorang toddler pon tahu aku boleh tak tahu..Alahai..T_T

  Sebagai seorang remaja yang dibesarkan sejak kecil dengan kereta-kereta besar ( i mean vans ).aku memang  ada ZERO pengetahuan pasal kereta-kereta proton ni.aku memang tak tahu  dan tak ambil tahu.bukan la sedare2 aku semua nya pakai van.Diorang ada kereta.cuma aku je yang tak ambil tahu pasal kereta ni.

Ok,nak dijadikan cerita, dua minggu lepas waktu perjumpaan kelab,cikgu aku suruh aku ambil barang dari bonet kereta dia. At first aku memang nak ajak kawan aku, Ummu untuk temankan aku ambil barang tu memandangkan tempat parking tu memang jauh.Tapi, disebabkan perasaan RIAK+TAKBURRRRR+ OVER CONFIDENT aku batalkan je hasrat aku tu. ala,setakat nak ambil barang je. tak kan tu pon nak berteman kot.

Sampai je kat kereta PROTON PERSONA tu,aku pon buka la bonet dia.Tapi,tak terbuka pon. Puasla aku cuba,tak jugak terbukak. Rasanya,ada la 10 kali aku cuba bukak bonet kereta tu.Pastu aku  da rasa pelik.Cikgu aku cakap dia tak kunci pon kereta dia,tapi kenapa bonet kereta tu tak boleh bukak?
Malu + cuak aku masa tu bhai. Risau takut tak pasal-pasal orang tuduh aku mencuri pulak nanti.

waktu  tu aku ada terfikir nak mintak tolong budak form 4 yang ada kat situ .tapi sekali lagi aku batalkan hasrat aku tu.Ye la,malu kot nak mintak tolong orang bukak kan bonet kereta je. Haishhh! jatuh air muka aku. buat malu kaum senior je. Then,aku pergi balik kat kelas,panggil kawan aku si Ummu, ajak dia bukak kan bonet tu.

Rupa-rupanya,tempat bukak bonet kereta tu dekat driver seat la bhaii!! Macam mana la aku boleh tak tahu?  free-free je kena ejek.malu sungguh aku.MALU !! so,untuk cover malu aku, aku buat-buat muka blur + comel konon-konon nya tak bersalah sebab tak tahu bukak bonet.

tapi,yang paling tak boleh blah,mak aku pon tahu macam mana nak bukak but kereta. How come anak perempuan dia tak tahu?!


Wednesday, June 8, 2011

nervous!





HATI BERDEBAR,KEPALA PENING,ADA RAMA-RAMA DALAM PERUT...


SPM..


bila nak tamat???!!!! 

 ah,mula pun belum --"




Friday, June 3, 2011

saya sedia!

assalamualaikum :D
dah lama sangat rasanya aku tak update blog ni.rasa dah hilang mood nak berblogging.*AIYOOO!
sekarang ni,aku dah sedia untuk satu perubahan daalm hidup aku. aku nak buat something yang aku tak pernah buat secara serius dalam hidup aku.ea,bukan something.tapi A LOT OF THINGS.
 
 
AKU NAK BUAT ANJAKAN PARADIGMA.tahu?means,aku nak cuci otak aku bersih-bersih,sental sampai berkilat.hey,otak aku bukan la kotor ok.cuma,tak update.there's something inside my heart that say,"awin,you need to change.IMMEDIATELY."
 
 
 
bila aku tengok sekeliling,aku tengok kawan-kawan aku ,aku rasa aku masih kat takuk yang lama.tak berubah.macam tu je dari dulu.huh,boring sungguh. kawan-kawan aku semua dah ke depan.aku kat situ jugak.
 
 
sedar atau tak,aku dah hampir tamat sekolah.Lebih tepat lagi,aku dah  dekat dengan SPM.SPM is a big thing,man. Orang kata SPM bukan la penentu hidup,tapi cuma tiket untuk dapat U,matriks or scholarship. sebab once dah masuk U atau matriks,korang jadi macam budak yang baru masuk sekolah. semuanya kosong.but for more me SPM is more than that.SPM tu la satu-satunya exam yang aku boleh nilai diri aku dengan betul. SPM bukan PMR. sebab PMR  tak de gred A+. dan,aku tak rasa aku buat dengan betul PMR dulu. rasa macam nasib baik je dapat 8A. mcam aku dapat 8A bukan kerana usaha aku. maybe aku fikir macam tu sebab aku tak dapat offer SBP. Maybe.

target aku untuk SPM ni ialah 9A+. memang la orang kata mustahil je nak dapat 9A+ tu,tapi apa salah nya aku berharap,kan? melihatkan pada usaha aku,aku pon rasa memang mutahil nak dapat 9A+. sebab tu la kau nak buat ANJAKAN PARADIGMA.aku dah tak boleh nak bersenang lenang lagi.dah tak boleh  buat macam PMR dulu, lagi sebulan nak exam baru mula nak study. kalau tak,hancur SPM gua bhai.aku memang target tinggi-tinggi untuk SPM ni. ye la,kalau kau dah dapat 5A UPSR, 8A PMR,tak kan la SPM tak nak dapat straight A,kan?

macam aku cakap tadi,SPM is a big thing. You don't want to mess this up.jadi,usaha kena lebih ye sayang!! Aku dah janji tak nak blogging,tapi aku blogging jugak! haiyaa!


gila!masuk je bulan 6,hati aku dah berdebar-debar.macam mana pulak kalau masuk bulan 11 nih?


p/s: i'm counting down to SPM.